Rabu, 30 Disember 2009

ermm.. 2010

Salam,

Dah agak lama jugak x update blog kan. Al-maklumlah, busy sgt. hehehehe...

Sepanjang 2009 ni terlalu banyak dugaan yang melanda. tapi ape pon dugaan yg dtg melanda tu, kite harus tabah dah terus melaluinya dengan redha kan. ape saja yang berlaku sepanjang tahun 2009 itu, anggaplah semua nya dtg dariNYA. :)

Tahun 2009, aku anggap diri aku dah matang, aku telah bersedia untuk apa jua rintangan yang akan datang untuk tahun 2010.Sesungguhnya, untuk tahun 2010 ini, aku tidak berseorangan.. hehehe... aku akan bersama sidia. hahaha.. malu aku nak cerita kat sini. Sidia, yang dulu tu.. hahaha............. :>

japp. break 10minit.. aku lapa nie........ buat milo jap.
..................................................................

ok.. kite sambung cerita yeh.

Nampaknya, jodoh kami kuat. Biarpun 3 kali digantung tanpa ucapan (mcm gantung tanpa tali la tu) kami tetap bersama akhirnya. Aku memilih dia, memilih dia untuk seumur hidupku. Dan dia, dia memilih aku, untuk menjadi suri hidupnya. Alhamdulillah, Tuhan memberi petunjuk, puas aku berdoa, diakah untuk aku? Ya, dia untukku... untuk selamanya..

Untuk tahun 2009, tahun yg mencabar untuk aku dengan dia. nak cerita pon sampai x tahu mcm mana. tapi, akhirnya kiteorg dah tahu apa yang kiteorg nak dalam kehidupan bersama. Aku lah yg paling gembira, senang hati, senyum.. senyum kambeng sepanjang hari. Hahahaha...

Mak banyak membantu dlm persiapan pertunangan ni. Mak risau tuh... om pon risau gak.. hehehe.. TUNANG??Aku ke yg nak bertunang?? OMG!........ aku dah nak masuk 26tahun. Target untuk kawen dlm umur 25tahun untuk tahun 2009 tak tercapai. Tapi insyallah.. tahun 2010 ini.. menjadi sejarah! sejarah yang akan terpahat didada. cewahhhhhhh..... mcm nak g berjuang je? hahahahhaa......

Aku akan bertunang dengan sidia. 10 January 2010. Bestnya.. jadi milik org aku lepas ni. persiapan pon dah dilakukan, dari bulan 11/2009 aku dah beli barang2 hantaran. Aku warna biru, dia warna orange. Aku yang pilih warna-warna kami. hahahaha.. pening jugak do nak pilih warna ni. sampai berminggu2 dok memikirkan warna apa yang sesuai untuk kami. hahahaha.. last2 pilih kaler biru & orange. ;) just nice.. nnt dah selesai aku upload pic ek. ;)

Xde sorang pon member2 baik aku yang tahu hal ni. Semua nya dirahsiakan. Kakak2 opis pon x tahu. Aku akan cuti selama seminggu. Start 4/1/2010-11/1/2010. Tapi aku kene g outstation ke penang dulu, sbb mba exam kat psdc. pergi dengan En.Fauzi. :) Lepas selesai kerja kat penang, barulah cuti n fokus dengan majlis ini. harap2 majlis ni berjalan lancar. Mungkin dalam masa nak dekat majlis tu.. baru aku jemput member2 rapat je. ;) Fuh.. berdebar do.. takut ade. cuak ade. hahahaa....

5 dulang berbalas 7 dulang. ermm... sidia bagi aku cincin merisik & cincin tunang, buah, sirih, cd mengaji + sejadah, & cake. Aku pulak bagi kain baju melayu, sirih, buah, cupcakes, bunga rampai & lilin.

Baju tunang aku kaler biru.. hari ni nak ambil cincin yang dah siap ditempah bulan lepas kat pohkong. hihihih....

x sabar.. teruja.. semua ada...

insyallah.. harap semua nya berjalan dengan baik...

amin... amin...

:)

Welcoming 2010........ bakal menjanjikan yang terbaik untuk sebuah kehidupan yang baru. Insyallah.........
Happy New Year...


~Wanie Azwa~